Kosa Kata: Penutup Hidung

Yang manakah istilah yang betul?

Penutup muka
atau
Penutup hidung
Gambar: Berita Harian Online

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penutup muka merujuk suatu pes kosmetik yang terdiri daripada lumpur atau tanah liat yang diramu dengan bahan astrigen dan peluntur yang disapu pada muka dan dibiarkan kering seperti topeng.

Yang kita gunakan untuk mencegah daripada wabak yang semakin menular ini ialah...
PENUTUP HIDUNG.

Harap maklum.


Sumber: Cakna Bahasa Melayu

Mutiara Kata: Sasterawan Negara Arena Wati


Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut.

Maksud: Berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali sahaja.

Cerpen: 0000000000 karya Shahnon Ahmad

0000000000
karya
Shahnon Ahmad

SINOPSIS
Aku merupakan seorang pelukis yang hebat dan berseni. Persahabatannya dengan Sasterawan Daiman Kreko membawa pelbagai pengalaman yang baik. Aku seringkali memuji rakannya itu dan menganggapnya sebagai sasterawan yang berbakat dan hebat. Pada suatu hari, Kreko datang ke studio Aku untuk bermain permainan mereka cipta sesuatu mengikut bakat masing-masing seperti yang telah dijanjikan. Namun begitu, Kreko membawa Dol, penyanyi kumpulan Mad Dog bersamanya dan mendapat reaksi negatif daripada Aku. 

Setelah selesai berbincang dengan baik, akhirnya mereka bersetuju untuk menjadikan Dol sebagai bahan utama permainan mereka dan Dol bersetuju. Dol berada di bahagian tengah gelanggang, Aku dan Kreko mengambil kedudukan masing-masing berserta mereka sehelai kertas setiap seorang. Mereka akan mentafsir Dol mengikut pandangan individu berdasarkan bakat masing-masing. 

Perwatakan Dol banyak mengimbau kenangan Aku tentang peristiwanya di kampung sewaktu kecil. Keadaan fizikal Dol sebagai penyanyi rock mula memeningkan kedua-dua peserta. Bermula dengan keadaan rambut Dol yang gerbang dan panjang, mempunyai anting-anting di sebelah telinganya, melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga mengganggu setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga menampakkan bulu ketiak dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan bahagian kakinya dan memakai kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan. Hal ini telah menimbulkan satu situasi yang sesak dan cukup memeningkan kedua-dua pemain sehingga jelas kelihatan riak wajah Kreko yang gelisah tidak keruan.

Kekosongan yang dapat Aku rasakan setelah melihat perwatakan Dol telah menyebabkannya membuang lakaran lukisannya dan digantikan dengan kertas baharu. Begitu juga dengan keadaan Kreko yang banyak membuang kertas kerana tidak dapat mentafsir Dol dengan tepat. Akibat kekosongan yang ada pada Dol, Aku telah menterjemahkan tafsiran kosongnya pada kertas lukisannya dengan bentuk 'O' sahaja. Kreko mempamerkan hasil dapatannya pada Dol dan Aku hanya membaca perkataan 'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat.

Kreko tersentak dengan bacaan Aku lalu mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku juga turut mempamerkan lukisan bentuk 'O' sahaja. Terdapat persamaan daripada hasil dapatan mereka berkenaan Dol. Hal ini telah menimbulkan hilai tawa yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup gembira dengan hasil yang telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa kerana memahami tanggapan mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan Dol sebenarnya melambangkan kekosongan nilai dalam dirinya.


TEMA 
Jati diri manusia yang lemah.

Hal ini dapat dilihat melalui analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan gaya Barat, padahal dia langsung tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. Di sini berlakunya pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja tentang penilaian terhadap seseorang artis.
 

PERSOALAN
1. Pengaruh budaya barat dalam kalangan masyarakat. Penampilan Dol mengikut cara barat seperti memakai subang pada satu telinga sahaja.
2. Amalan hormat-menghormati dalam masyarakat. Aku tetap menerima kunjungan Daiman kreko yang membawa Dol ke studionya walaupun pada awalnya Daiman Kreko bercadang untuk datang seorang sahaja.

3. Kejujuran dalam menyatakan kebenaran. Aku dan Daiman Kreko dalam bahan yang mereka hasilkan menunjukkan Dol tidak mempunyai apa-apa pada dirinya yang boleh dibanggakan.


LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang jujur dalam menyatakan kebenaran. 
Aku dan Daiman Kreko secara jujur memaparkan karya masing2 yang Dol sebagai penyanyi rock yang digilai ramai peminat tidak mempunyai apa2 keistimewaan untuk dibanggakan. 

2. Masyarakat seniman. 
“Aku” merupakan seorang penulis. Daiman Kreko pula ialah seorang sasterawan dan Dol ialah seorang penyanyi rock. 

3. Masyarakat yang terlalu mengagungkan golongan artis.
Golongan remaja begitu meminati Dol sebagai penyanyi rock, dari kumpulan Mad Dog. 

4. Masyarakat kanak-kanak.
“Aku” bersama kawan-kawan selalu menjolok sarang tupai, murai, lebah, tebuan dan akup-akup di tiang rumah.


LATAR MASA
1. Waktu siang - sorotan masa permainan Aku dan Kreko.
2. Semasa aku masih kecil


LATAR TEMPAT
1.Studio Aku - Tempat Aku dan Kreko menilai Dol
2.Kampung Aku - Tempat Aku lahir dan mempunyai banyak kenangan indah


WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
  • ๐Ÿ’ƒ AKU
  1. Seorang pelukis ๐ŸŽจ
  2. Tidak memahami kedalaman seni sastera.
  3. Tidak terburu-buru untuk membuat sesuatu perkara.
  4. Sangat teliti dengan pandangan.
  5. Tidak suka merendah-rendahkan orang lain.

WATAK SAMPINGAN
  • ๐Ÿ‘ค DAIMAN KREKO
  1. Rakan kepada 'Aku'.
  2. Sasterawan yang hebat
  3. Agak terburu-buru dalam membuat keputusan.
  4. Pandai mentafsir orang lain.
  5. Pandai berkata-kata dan berpuitis.
  • ๐Ÿ‘ค DOL ๐ŸŽถ ๐ŸŽป
  1. Rakan kepada Kreko.
  2. Penyanyi rock terkenal kumpulan Mad Dog ๐ŸŽค
  3. Mempunyai jutaan peminat.
  4. Tidak pandai melukis dan berbahasa/sastera.
  5. Pandai bermain musik dan bernyanyi.
  6. Terpengaruh dengan budaya rock aliran Barat.
  7. Tidak menjaga penampilan diri.
  8. Berjiwa kosong dan hidup dalam kepalsuan/kepura-puraan.

SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan orang pertama di mana pengarang memasukkan dirinya dalam watak cerita dan menggunakan ganti nama 'aku'.


PLOT
๐ŸŒน Permulaan
Cerita dimulakan dengan Kreko datang ke studio Aku seperti yang telah dijanjikan untuk bermain permainan mereka cipta pandangan melalui bakat yang mereka miliki. Namun, kehadiran Dol atas ajakan Kreko telah menimbulkan pertanyaan kepada Aku. Setelah mendapat persetujuan daripada hasil perbincangan, mereka bersetuju untuk menjadikan Dol sebagai subjek utama permainan mereka.

๐ŸŒน Perkembangan
Aku dan Kreko memulakan permainan dengan meletakkan Dol di tengah-tengah gelanggang dan mereka mula mentafsir fizikal Dol dengan teliti. Bermula dengan keadaan fizikal Dol yang dipengaruhi gaya rock Barat iaitu rambut Dol yang gerbang dan panjang. mempunyai anting-anting di sebelah telinganya, melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga mengganggu setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga menampakkan bulu ketiak dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan bahagian kakinya dan memakai kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan telah menimbulkan kegelisahan dan memeningkan mereka untuk menterjemahkannya pada kertas.

๐ŸŒน Klimaks
Kreko mempamerkan hasil dapatannya kepada Dol dan Aku hanya membaca perkataan 'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat. Kreko tersentak dengan bacaan Aku lalu mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku turut mempamerkan lukisan bentuk 'O' sahaja.

๐ŸŒน Peleraian
Hasil dapatan mereka berkenaan Dol adalah sama. Hal ini telah menimbulkan hilai tawa yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup gembira dengan hasil yang telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa kerana memahami tanggapan mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan oleh Dol sebenarnya adalah kekosongan nilai dalam dirinya.


TEKNIK PLOT

๐ŸŽˆPemerian
Pengarang menggambarkan rambut Dol gerbang, gondrong, panjang, pintal memintal kusut- masai
''Aku memulakan permainan itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang, gondrong, panjang...''
(m.s 45)

๐ŸŽˆImbas kembali
Pengarang teringat sewaktu kecil, dia dan rakan-rakannya nakal dan suka menjolok sarang iaitu tidak kira sarang apa, baik sarang tebuan, sarang lebah, sarang tupai, sarang murai atau sarang angkut-angkut.
''... Aku teringat pada sarang tupai di kampungku, entah berapa tahun yang lalu.''
(m.s 45)

๐ŸŽˆImbas muka
"Sasterawan Daiman Kreko pun nampak gelisah seperti Aku juga."
(m.s 49)

๐ŸŽˆSaspen
"Tiba-tiba Sasterawan Daiman Kreko mengangkat kertasnya tinggi-tinggi..."
(m.s 49)


GAYA BAHASA
1. Sinkope
          Contohnya: Hari itu Kreko datang ke studioku untuk bermain.

2. Repetisi
          Contohnya: "...bulu lengan, bulu ketiak dan bulu dadanya.'' (m.s 48)
                              "...bagaikan sarung nangka..." (m.s 48)
                              "...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..." (m/s 51)

3. Simile
          Contohnya: "...rambut panjang macam sarang tupai..." (m.s 46)
                              "...bagaikan sarung nangka..." (m.s 48)
                              "...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..." (m.s 51)


NILAI
1. Kebijaksanaan
Aku dan Daiman kreko Berjaya memaparkan diri Dol yang sebenarnya dalam karya masing-masing di sebalik imejnya yang digilai ramai peminat. 

2. Kejujuran
Aku dan Daiman Kreko secara jujur memaparkan karya masing-masing yang Dol sebagai penyanyi rock yang digilai ramai peminat tidak mempunyai ap-apa keistimewaan untuk dibanggakan. 

3. Rasional
Dol menerima dengan hati terbuka imej dirinya seperti yang digambarkan oleh Aku dan Daiman Kreko. 

4. Setiakawan
Aku memenuhi permintaan Daiman Kreko untuk datang ke studinya untuk berkarya.


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kuat. Penampilan Dol mengikut cara barat seperti memakai subang pada satu telinga sahaja. 

2. Kita hendaklah jujur dalam menyatakan kebenaran. Aku dan Daiman Kreko dalam karya yang mereka hasilkan menunjukkan Dol tidak mempunyai apa-apa pada dirinya. 

3. Kita hendaklah saling meneghormati. Walaupun “Aku” kurang senang dengan kehadiran Dol ke studio, namun untuk menjaga hati Dol dan Daiman Kreko yang bersusah payah membawanya ke studia, “Aku” menerima kehadiran mereka. 

4. Kita hendaklah berfikiran terbuka dalam sesuatu perkara. Dol menerima dengan hati terbuka imej dirinya seperti yang digambarkan oleh Aku dan Daiman Kreko.


Sumber:
2) Nota daripada Telegram 'Guru Sastera Sarawak'.

Soalan Kesusasteraan Melayu berformat SPM: Menyatakan pengajaran berserta contoh

Soalan berformat SPM:

Skema jawapan:


Sumber:
1) Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Kai Chung.

Soalan Kesusasteraan Melayu berformat SPM: Membuat perbandingan puisi

 Soalan berformat SPM

Skema jawapan:


Sumber:
1) Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Kai Chung

Sajak: Kubentang Sehelai Peta

KUBENTANG SEHELAI PETA
(Antologi Kubentang Sehelai Peta)

MAKSUD KESELURUHAN
Sajak ini menceritakan kisah penyajak yang kembali ke kampung halaman sambil mengimbau kembali kenangannya semasa kecil yang bermain dengan lumpur di sawah dan memancing ikan. Penyajak juga melalui pelbagai kesusahan seperti berkaki ayam pergi ke sekolah demi menuntut ilmu. Dalam usia remajanya, penyajak sudah mula berjinak dengan penulisan puisi sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Seiring dengan peningkatan usianya, penyajak bermuhasabah diri tentang tujuan hidup di dunia ini dan merenung kembali pahit getir yang pernah dilalui sebelum berjaya dalam hidup. Walaupun penyajak sudah berada di puncak kejayaan tetapi penyajak masih mengingati asal usul dan tidak mudah lupa diri.

MAKSUD RANGKAP
R1: Semasa berkunjung ke kampung halaman, penyajak mengimbau kembali kisah-kisah lama kehidupannya.
R2: Penyajak terkenang kembali pada zaman kanak-kanaknya, dia bermain dengan lumpur sawah dan memancing ikan.
R3: Keazamannya dalam menuntut ilmu menyebabkan penyajak sanggup menempuh pelbagai cabaran dan kesusahan walaupun dengan hanya berkaki ayam untuk pergi ke sekolah sambil ibunya memerhati di anak tangga.
R4: Zaman remaja penyajak yang penuh ranjau dilalui dengan ketabahan dan penyajak mula berjinak dengan penulisan puisi sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.
R5: Usia penyajak yang semakin meningkat telah mematangkan dirinya dan dia selalu bermuhasabah diri tentang tujuan hidup di dunia ini dan merenung kembali pahit getir yang pernah dilalui sebelum berjaya.
R6: Walaupun penyajak sudah berada di puncak kejayaannya, penyajak masih tetap mengingati asal-usulnya dan tidak mudah lupa diri.

TEMA
Sajak ini bertemakan jati diri.

Penyair teringat dan bermuhasabah tentang dirinya yang mencapai usia 60 tahun. Dia terkenangkan kehidupan zaman kanak-kanaknya, zaman persekolahan, zaman remaja sehinggalah zaman usia tuanya. Baginya, hari tua adalah kemuncak kehidupan yang seharusnya telah berjaya dipenuhi dengan jati diri bagi memenuhi makna kewujudannya di dunia ini.

PERSOALAN
1. Persoalan pengalaman dalam kehidupan.
2. Persoalan bermuhasabah diri dalam kehidupan.
            Contohnya: mencari erti kewujudanku di maya ini,
3. Persoalan kegigihan menuntut ilmu.
            Contohnya: Menajamkan kalam dan berkaki ayam, 
                                Menyusuri denai basah ke sekolah.
4. Persoalan konflik jiwa remaja.
            Contohnya: Yang turun pada zaman remajaku, 
                                Antara mengasah bakat menulis puisi, 
                                Dengan mengasah perasan melayani hati.

NILAI
1. Kegigihan
    Penyajak gigih menuntut ilmu.
            Contohnya: Menajamkan kalam dan berkaki ayam,
                                Menyusuri denai basah ke sekolah.
2. Kebijaksanaan
    Penyair bijak membuat pilihan dalam usia remajanya, 
            Contohnya: Yang turun pada zaman remajaku,
                                Antara mengasah bakat menulis puisi,
                                Dengan mengasah perasan melayani hati.
3. Nilai jati diri
            Contohnya: Mencari erti kewujudanku di maya ini,
4. Keinsafan
            Contohnya: Mudik ke hulu mencari diri.
5. Keyakinan diri
    Pada usia 6o tahun, penyajak yakin pada diri sendiri.
            Contohnya: Pada puncak gunung berdiri aku,
6. Kesabaran
            Contohnya: yang menyabarkanku di mata pancing,

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu.
            Contohnya: Menajamkan kalam dan berkaki ayam,
                                Menyusuri denai basah ke sekolah,
2. Kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan atau pilihan demi kehidupan kita.
    Penyajak bijak membuat pilihan ketika usia remajanya.
            Contohnya: Yang turun pada zaman remajaku, 
                                Antara mengasah bakat menulis puisi
                                Dengan mengasah perasan melayani hati.
3. Kita hendaklah mempunyai jati diri dengan memenuhi kehidupan kita dengan kebaikan dan beribadat kepada tuhan.
            Contohnya: mencari erti kewujudanku di maya ini,
4. Kita hendaklah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. 
    Pada usia 6o tahun, penyair yakin kepada dirinya sendiri.
            Contohnya: Pada puncak gunung berdiri aku 

GAYA BAHASA
1. Diksi - sesuai dengan tema tentang jati diri dalam kehidupan. 
2. Metafora
            Contohnya: peta enam dekad (membawa maksud umur 60 tahun) 
3. Anafora 
            Contohnya:
4. Imejan
            Contohnya: kata peta (melambangkan perjalanan hidup),
                             gunung (kemuncak) 
5. Inversi
            Contohnya: di atas rakit ini kukayuh kenanganku,
            (Kukayuh kenanganku di atas rakit ini)
6.Sinkope
            Contohnya: di atas rakit ini kukayuh kenanganku


Sumber:
1) https://map-bms.wikipedia.org/wiki/Kubentang_sehelai_peta
2) https://www.scribd.com/doc/294772762/Kubentang-Sehelai-Peta

Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)

RESAM HIDUP MANUSIA
(Antologi Nilai Insan)
Maksud rangkap:
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
R1: Setiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan tersendiri. Oleh itu, semakin banyak orang, semakin banyaklah ragamnya.
Lain dulang lain kakinya,
Lain dahulu lain sekarang.
R2: Setiap orang mempunyai minat dan keinginan tersendiri. Lain orang, lain minatnya. Lain orang, lain kehendaknya.
Lain ulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
R3: Setiap manusia akan berubah mengikut peredaran masa dan waktu. Lain zaman, lainlah keadaannya.
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
R4: Setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik.
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
R5: Setiap pemberian orang, hendaklah dihargai dan balaslah dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.
R6: Orang bercakap mengenai sesuatu perkara atau isu itu tentulah ada sebab dan puncanya.
Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.
R7: Kita hendaklah berhati-hati dalam berkata-kata. Jika tidak, ianya akan membinasakan dan memakan diri.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
R8: Orang yang terang dan tenang hatinya amat mudah untuk menerima ilmu.

TEMA
Adat resam kehidupan manusia.
- Adat resam merupakan satu hal yang sangat penting dalam tatacara kehidupan masyarakat Melayu sejak dari zaman dahulu lagi.
- Adat resam masyarakat Melayu yang diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang menunjukkan perlambangan tentang cara hidup dan budi bahasa masyarakat Melayu yang menitikberatkan norma hidup yang bersopan santun, hormat menghormati dan sangat menyanjung tinggi budaya bangsa.

PERSOALAN
1. Persoalan minat
Setiap manusia mempunyai minat atau keinginan yang berbeza. Minat menjadikan seseorang itu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contohnya, apabila seseorang itu mempunyai minat untuk menjadi seorang doktor, dia akan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar cita-citanya tercapai suatu hari nanti.
          
          Contoh rangkap 2:
                    Lain dulang lain kakinya,
                    Lain orang lain hatinya.


2. Persoalan budi
Kita haruslah berterima kasih kepada orang yang berbuat baik terhadap kita. Orang yang mmelakukan kebaikan akan mendapat balasan yang baik juga kelak. Contohnya, apabila seorang itu melakukan kebaikan terhadap orang lain yang sangat memerlukan bantuan, pada suatu hari nanti perbuatan yang baik itu akan mendapat balasan dan ganjarannya.

          Contoh rangkap 3:
                    Ada ubi ada batas,
                    Ada budi ada balas.


CIRI DAN BENTUK
Ra-Ba-Pa-Su-Ri-Be
Rangkap: Lapan rangkap
Baris: 2 baris serangkap
Patah perkataan: 4 hingga 5 patah perkataan sebaris
Suku kata: 8 hingga 11 suku kata sebaris.
Rima: Rima akhir yang sama iaitu aa.
Bentuk: Terikat

GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
1) Repitisi (perulangan kata dalam satu baris)
             Contohnya: Lain dulang lain kakinya,

2) Sinkope (singkatan perkataan)
             Contohnya: Tak tumbuh tak melata,

3) Anafora (perulangan perkataan yang sama di awal ayat dalam baris yang berturutan)
             Contohnya: Sebab pulut santan binasa,
                                 Sebab mulut badan binasa.

4) Epifora (perulangan perkataan yang sama di akhir ayat dalam baris yang berturutan)
             Contohnya: Sebab pulut santan binasa,
                                 Sebab mulut badan binasa.

NILAI
1) Berbudi bahasa - Contohnya, setiap orang hendaklah mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian.
2) Hormat-menghormati - Contohnya, setiap orang perlulah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
3) Menghargai - Contohnya, setiap pemberian orang kita perlu ucapkan terima kasih sebagai penghargaan. 
4) Bersopan santun - Contohnya, setiap perlakuan dan percakapan kita perlulah dijaga supaya tidak terlanjur bicara.
5) Kasih sayang - Contohnya, sifat kasih sayang akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

PENGAJARAN
1) Kita hendaklah berbudi bahasa dalam perlakuan kita. Contohnya, kita menjaga percakapan dan berbuat baik terhadap orang lain.
2) Kita hendaklah saling hormat-menghormati supaya kehidupan kita sentiasa aman dan harmoni.
3) Kita seharusnya menghargai setiap jasa dan bakti orang yang telah berbuat baik agar kita sentiasa disenangi dan dihormati oleh orang sekeliling.
4) Kita mestilah mempunyai sikap sopan santun kerana ia melambangkan perilaku dan sifat sebenar diri kita terhadap orang lain.
5) Kita perlulah saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana dengan kasih sayang kita dapat mengeratkan ikatan silaturahim.

Sumber:
2) http://samozinn.blogspot.com/2015/10/antologi-teks-kesusasteraan-melayu.html

Biodata Pengarang: Anwar Ridhwan

Dato' Dr. Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan terkemuka dari Malaysia. 

Nama penuh: Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan
Tarikh lahir: 5 Ogos 1949
Tempat lahir: Sabak Bernam, Selangor.

Latar belakang pendidikan:
- Sarjana Muda Sastera (1973) Universiti Malaya
- Ijazah Sarjana Sastera (1983) Universiti Malaya
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D, 1998) Universiti Malaya

Kerjaya:
Beliau menumpukan sepenuh kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005. Jawatan terakhirnya ialah Pengarah Penerbitan DBP.