Cerpen: 0000000000 karya Shahnon Ahmad

0000000000
karya
Shahnon Ahmad

SINOPSIS
Aku merupakan seorang pelukis yang hebat dan berseni. Persahabatannya dengan Sasterawan Daiman Kreko membawa pelbagai pengalaman yang baik. Aku seringkali memuji rakannya itu dan menganggapnya sebagai sasterawan yang berbakat dan hebat. Pada suatu hari, Kreko datang ke studio Aku untuk bermain permainan mereka cipta sesuatu mengikut bakat masing-masing seperti yang telah dijanjikan. Namun begitu, Kreko membawa Dol, penyanyi kumpulan Mad Dog bersamanya dan mendapat reaksi negatif daripada Aku. 

Setelah selesai berbincang dengan baik, akhirnya mereka bersetuju untuk menjadikan Dol sebagai bahan utama permainan mereka dan Dol bersetuju. Dol berada di bahagian tengah gelanggang, Aku dan Kreko mengambil kedudukan masing-masing berserta mereka sehelai kertas setiap seorang. Mereka akan mentafsir Dol mengikut pandangan individu berdasarkan bakat masing-masing. 

Perwatakan Dol banyak mengimbau kenangan Aku tentang peristiwanya di kampung sewaktu kecil. Keadaan fizikal Dol sebagai penyanyi rock mula memeningkan kedua-dua peserta. Bermula dengan keadaan rambut Dol yang gerbang dan panjang, mempunyai anting-anting di sebelah telinganya, melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga mengganggu setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga menampakkan bulu ketiak dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan bahagian kakinya dan memakai kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan. Hal ini telah menimbulkan satu situasi yang sesak dan cukup memeningkan kedua-dua pemain sehingga jelas kelihatan riak wajah Kreko yang gelisah tidak keruan.

Kekosongan yang dapat Aku rasakan setelah melihat perwatakan Dol telah menyebabkannya membuang lakaran lukisannya dan digantikan dengan kertas baharu. Begitu juga dengan keadaan Kreko yang banyak membuang kertas kerana tidak dapat mentafsir Dol dengan tepat. Akibat kekosongan yang ada pada Dol, Aku telah menterjemahkan tafsiran kosongnya pada kertas lukisannya dengan bentuk 'O' sahaja. Kreko mempamerkan hasil dapatannya pada Dol dan Aku hanya membaca perkataan 'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat.

Kreko tersentak dengan bacaan Aku lalu mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku juga turut mempamerkan lukisan bentuk 'O' sahaja. Terdapat persamaan daripada hasil dapatan mereka berkenaan Dol. Hal ini telah menimbulkan hilai tawa yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup gembira dengan hasil yang telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa kerana memahami tanggapan mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan Dol sebenarnya melambangkan kekosongan nilai dalam dirinya.


TEMA 
Jati diri manusia yang lemah.

Hal ini dapat dilihat melalui analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan gaya Barat, padahal dia langsung tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. Di sini berlakunya pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja tentang penilaian terhadap seseorang artis.
 

PERSOALAN
1. Pengaruh budaya barat dalam kalangan masyarakat. Penampilan Dol mengikut cara barat seperti memakai subang pada satu telinga sahaja.
2. Amalan hormat-menghormati dalam masyarakat. Aku tetap menerima kunjungan Daiman kreko yang membawa Dol ke studionya walaupun pada awalnya Daiman Kreko bercadang untuk datang seorang sahaja.

3. Kejujuran dalam menyatakan kebenaran. Aku dan Daiman Kreko dalam bahan yang mereka hasilkan menunjukkan Dol tidak mempunyai apa-apa pada dirinya yang boleh dibanggakan.


LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang jujur dalam menyatakan kebenaran. 
Aku dan Daiman Kreko secara jujur memaparkan karya masing2 yang Dol sebagai penyanyi rock yang digilai ramai peminat tidak mempunyai apa2 keistimewaan untuk dibanggakan. 

2. Masyarakat seniman. 
“Aku” merupakan seorang penulis. Daiman Kreko pula ialah seorang sasterawan dan Dol ialah seorang penyanyi rock. 

3. Masyarakat yang terlalu mengagungkan golongan artis.
Golongan remaja begitu meminati Dol sebagai penyanyi rock, dari kumpulan Mad Dog. 

4. Masyarakat kanak-kanak.
“Aku” bersama kawan-kawan selalu menjolok sarang tupai, murai, lebah, tebuan dan akup-akup di tiang rumah.


LATAR MASA
1. Waktu siang - sorotan masa permainan Aku dan Kreko.
2. Semasa aku masih kecil


LATAR TEMPAT
1.Studio Aku - Tempat Aku dan Kreko menilai Dol
2.Kampung Aku - Tempat Aku lahir dan mempunyai banyak kenangan indah


WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
  • ๐Ÿ’ƒ AKU
  1. Seorang pelukis ๐ŸŽจ
  2. Tidak memahami kedalaman seni sastera.
  3. Tidak terburu-buru untuk membuat sesuatu perkara.
  4. Sangat teliti dengan pandangan.
  5. Tidak suka merendah-rendahkan orang lain.

WATAK SAMPINGAN
  • ๐Ÿ‘ค DAIMAN KREKO
  1. Rakan kepada 'Aku'.
  2. Sasterawan yang hebat
  3. Agak terburu-buru dalam membuat keputusan.
  4. Pandai mentafsir orang lain.
  5. Pandai berkata-kata dan berpuitis.
  • ๐Ÿ‘ค DOL ๐ŸŽถ ๐ŸŽป
  1. Rakan kepada Kreko.
  2. Penyanyi rock terkenal kumpulan Mad Dog ๐ŸŽค
  3. Mempunyai jutaan peminat.
  4. Tidak pandai melukis dan berbahasa/sastera.
  5. Pandai bermain musik dan bernyanyi.
  6. Terpengaruh dengan budaya rock aliran Barat.
  7. Tidak menjaga penampilan diri.
  8. Berjiwa kosong dan hidup dalam kepalsuan/kepura-puraan.

SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan orang pertama di mana pengarang memasukkan dirinya dalam watak cerita dan menggunakan ganti nama 'aku'.


PLOT
๐ŸŒน Permulaan
Cerita dimulakan dengan Kreko datang ke studio Aku seperti yang telah dijanjikan untuk bermain permainan mereka cipta pandangan melalui bakat yang mereka miliki. Namun, kehadiran Dol atas ajakan Kreko telah menimbulkan pertanyaan kepada Aku. Setelah mendapat persetujuan daripada hasil perbincangan, mereka bersetuju untuk menjadikan Dol sebagai subjek utama permainan mereka.

๐ŸŒน Perkembangan
Aku dan Kreko memulakan permainan dengan meletakkan Dol di tengah-tengah gelanggang dan mereka mula mentafsir fizikal Dol dengan teliti. Bermula dengan keadaan fizikal Dol yang dipengaruhi gaya rock Barat iaitu rambut Dol yang gerbang dan panjang. mempunyai anting-anting di sebelah telinganya, melilitkan kain merah di kepalanya, memakai rantai yang panjang sehingga mengganggu setiap pergerakan Dol, berbaju singlet tanpa lengan sehingga menampakkan bulu ketiak dan dada Dol, berseluar koyak sehingga menampakkan bahagian kakinya dan memakai kasut but yang sesuai dipakai semasa masuk ke hutan telah menimbulkan kegelisahan dan memeningkan mereka untuk menterjemahkannya pada kertas.

๐ŸŒน Klimaks
Kreko mempamerkan hasil dapatannya kepada Dol dan Aku hanya membaca perkataan 'Kosong' yang berulang-ulang dengan kuat. Kreko tersentak dengan bacaan Aku lalu mengangkat tinggi-tinggi hasilnya dan Aku turut mempamerkan lukisan bentuk 'O' sahaja.

๐ŸŒน Peleraian
Hasil dapatan mereka berkenaan Dol adalah sama. Hal ini telah menimbulkan hilai tawa yang kuat antara mereka termasuk Dol. Aku dan Kreko cukup gembira dengan hasil yang telah mereka dapat lalu berpelukan. Dol turut sama ketawa kerana memahami tanggapan mereka terhadap dirinya. Imej rock yang ditunjukkan oleh Dol sebenarnya adalah kekosongan nilai dalam dirinya.


TEKNIK PLOT

๐ŸŽˆPemerian
Pengarang menggambarkan rambut Dol gerbang, gondrong, panjang, pintal memintal kusut- masai
''Aku memulakan permainan itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang, gondrong, panjang...''
(m.s 45)

๐ŸŽˆImbas kembali
Pengarang teringat sewaktu kecil, dia dan rakan-rakannya nakal dan suka menjolok sarang iaitu tidak kira sarang apa, baik sarang tebuan, sarang lebah, sarang tupai, sarang murai atau sarang angkut-angkut.
''... Aku teringat pada sarang tupai di kampungku, entah berapa tahun yang lalu.''
(m.s 45)

๐ŸŽˆImbas muka
"Sasterawan Daiman Kreko pun nampak gelisah seperti Aku juga."
(m.s 49)

๐ŸŽˆSaspen
"Tiba-tiba Sasterawan Daiman Kreko mengangkat kertasnya tinggi-tinggi..."
(m.s 49)


GAYA BAHASA
1. Sinkope
          Contohnya: Hari itu Kreko datang ke studioku untuk bermain.

2. Repetisi
          Contohnya: "...bulu lengan, bulu ketiak dan bulu dadanya.'' (m.s 48)
                              "...bagaikan sarung nangka..." (m.s 48)
                              "...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..." (m/s 51)

3. Simile
          Contohnya: "...rambut panjang macam sarang tupai..." (m.s 46)
                              "...bagaikan sarung nangka..." (m.s 48)
                              "...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..." (m.s 51)


NILAI
1. Kebijaksanaan
Aku dan Daiman kreko Berjaya memaparkan diri Dol yang sebenarnya dalam karya masing-masing di sebalik imejnya yang digilai ramai peminat. 

2. Kejujuran
Aku dan Daiman Kreko secara jujur memaparkan karya masing-masing yang Dol sebagai penyanyi rock yang digilai ramai peminat tidak mempunyai ap-apa keistimewaan untuk dibanggakan. 

3. Rasional
Dol menerima dengan hati terbuka imej dirinya seperti yang digambarkan oleh Aku dan Daiman Kreko. 

4. Setiakawan
Aku memenuhi permintaan Daiman Kreko untuk datang ke studinya untuk berkarya.


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kuat. Penampilan Dol mengikut cara barat seperti memakai subang pada satu telinga sahaja. 

2. Kita hendaklah jujur dalam menyatakan kebenaran. Aku dan Daiman Kreko dalam karya yang mereka hasilkan menunjukkan Dol tidak mempunyai apa-apa pada dirinya. 

3. Kita hendaklah saling meneghormati. Walaupun “Aku” kurang senang dengan kehadiran Dol ke studio, namun untuk menjaga hati Dol dan Daiman Kreko yang bersusah payah membawanya ke studia, “Aku” menerima kehadiran mereka. 

4. Kita hendaklah berfikiran terbuka dalam sesuatu perkara. Dol menerima dengan hati terbuka imej dirinya seperti yang digambarkan oleh Aku dan Daiman Kreko.


Sumber:
2) Nota daripada Telegram 'Guru Sastera Sarawak'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan